Tuesday 8 April 2014

Cara mengatasi masalah limited network connectivity (Win7)

Masalah limited network connectivity selalu terjadi kepada komputer yang berada dalam rangkain setempat (LAN) terutamanya kepada komputer yang menggunakan sambungan wifi.
69143-limited-or-no-connectivity
Antara sebab terjadi masalah ini:
1. Anda memasukkan password salah untuk sambungan wifi tersebut
2. Berlaku konflik IP pada router/switch
Tetapi bagaimana jika anda menggunakan password wifi yang betul, berada pada sambungan wifi yang sama dengan rakan anda, tetapi anda menghadapi masalah limited network connectivity manakala rakan anda dapat bermain internet dengan lancarnya?
Ikuti tutorial ringkas ini.
Sebelum bermula, tutorial ini menggunakan sambungan Wifi sebagai contoh. Namun begitu, tutorial ini boleh juga digunakan untuk sambungan LAN. Anda juga perlu mengakses komputer rakan anda yang dapat menggunakan internet tanpa masalah.


Langkah pada komputer rakan:

1. Buka komputer rakan anda dan pastikan komputer ini mendapat sambungan internet tanpa sebarang masalah.
2. Klik pada lambang WIFI dan klik Open Network and Sharing Center
wifi
3. Klik pada Connections seperti gambar dibawah
wifi2
4. Tetingkap dibawah akan terpapar. Klik pada Details.
wifi3
5. Salin IPv4 address, IPv4 Subnet Mask, IPv4 Default Gateway dan IPv4 DNS server
wifi5

Langkah pada komputer anda:

1. Klik pada lambang WIFI dan klik Open Network and Sharing Center. Pastikan anda telah connected pada network tersebut.
wifi
2. Klik pada Connections seperti gambar dibawah
wifi2
4. Tetingkap dibawah akan terpapar. Klik pada Properties.
wifi6
5. Double klik pada TCP/IPv4
wifi7
6. Klik pada Use the following IP address
wifi8
7. Sekarang isi IP address, Subnet Mask, Default Gateway dan DNS server dengan meniru konfigurasi IP komputer rakan anda tetapi pastikan IP address adalah sedikit berlainan. Contoh IP address komputer rakan anda ialah 10.0.0.25 jadi untuk komputer anda gunakan IP address 10.0.0.26.
IP komputer rakan anda:
wifi5
IP Komputer anda yg baru diubah:
wifi9
8. Klik OK dan tengok hasilnya. Jika anda mendapat message IP conflict, sila ubah IP address yg anda masukkan ke IP yang lain. Contoh 10.0.0.27.
Tutorial ini tidak dijamin berkesan 100% tetapi setiap kali saya menghadapi masalah ini, saya gunakan cara diatas dan ia sangat berkesan.

PS : Saranan jika anda tidak tahu bagaimana untuk membuat petukaran IP ini, lebih baik jika anda meminta pertolongan dari rakan anda yang lebih memahami.

No comments :

Post a Comment